#SENSASI~Patung Hodoh Ronaldo Jadi Bahan Jenaka Netizen

LISBON – Apabila Madeira menjenamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Funchal kepada nama Cristiano Ronaldo, semua perhatian sepatutnya hanya ditumpukan kepada pemain handalan itu.

Tambahan pula, bintang kelab sensasi Real Madrid, Sepanyol yang dilahirkan pada 5 Februari 1985 itu memang berasal dari pulau peranginan tersebut yang terletak kira-kira 974 kilometer dari ibu kota Portugal, Lisbon.

Namun perhatian pihak media dan tentunya netizen, sebaliknya lebih ditumpukan pula kepada patung gangsa Ronaldo, apabila kelihatan jauh berbeza daripada wajahnya sendiri yang kacak dan ramai peminat wanita itu.

Bahkan patung Ronaldo tersebut, yang disifatkan sebagai amat ‘hodoh’ dan kelihatan jelas tersengih sehingga menunjukkan giginya dengan kedua-dua matanya pula terjojol, menjadi bahan persendaan melalui media sosial.

“Saya cabar anda untuk tidak berasa geli hati sekiranya melihat gambar terbaharu Ronaldo bersebelahan dengan patung potretnya ini,” kicau seorang pengguna laman Twitter, Tom Sutcliffe (@tds153).


“Patung Ronaldo yang hodoh ini akan menjadi meme dalam masa 5, 4, 3 saat…” kicau @Agave310 pula. Seorang lagi pengguna Twitter pula menyifatkan arca tersebut sebagai “patung paling buruk Ronaldo.”

Teman wanita pemain itu, Georgina Rodriguez, dan ibunya, Maria, turut hadiri majlis penamaan semula Aeroporto de Madeira semalam, yang kini secara rasmi dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Cristiano Ronaldo.

Terminal udara yang sudah beroperasi sejak 1964 itu merupakan lapangan terbang keempat tersibuk di Portugal selain ketiga paling berbahaya di benua Eropah kerana kedudukan geografinya agak ekstrem untuk pesawat.

Sebuah lagi patung, yang dibina di kampung halaman bintang jutawan sukan berusia 32 tahun itu turut teruk dipersendakan kerana kelihatan begitu berbeza daripada imej tampan segak pemain bola sepak tersebut sendiri.

“Bagi seorang lelaki yang begitu kacak, Ronaldo tidak begitu bertuah dengan pembuat patung ini,” kicau seorang pengguna akaun Twitter, Tom Williams (@tomwfootball) pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: