#MISTERI ~ Objek Ala Dementor Dalam Harry Potter Muncul Di Awan

PENDUDUK di Zambia telah dikejutkan dengan objek pelik yang dihasilkan oleh awan yang terbentuk di atas sebuah pusat beli-belah. Awan berkenaan umpama Dementor, iaitu makhluk yang menjadi penjaga di penjara Azkaban dalam cerita Harry Potter.

Ia sepanjang kita-kira 100 meter dan muncul di atas Mukuba Mall di Kitwe selama setengah jam.

Keadaan ini menyebabkan mereka yang berada di situ dalam ketakutan hinggakan ada yang melarikan diri.

“Ada yang mula berdoa tetapi ada juga yang lari. Ia sangat pelik.

“Kami terkejut melihat imej terbabit yang kelihatan seperti manusia dalam kepulan awan,’’ kata salah seorang saksi di situ.

Dementor adalah makhluk yang mengerikan dalam cerita Harry Potter dan boleh mengambil jiwa seseorang. – MYNEWSHUB.CC


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: