#KEMUSYKILAN ~ Mufin sunnah?

Putrajaya: Lambakan penggunaan istilah hadis atau sunnah sebagai sandaran untuk melariskan sesuatu produk mampu mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebanyakan peniaga kini semakin berani menggunakan agama bagi melariskan produk masing-masing tanpa merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

"Sebagai contoh, baru-baru ini saya menerima 'tweet' yang mengatakan ada rancangan televisyen memaparkan pengiklanan atau promosi mengenai makanan sunnah terbaru di pasaran iaitu 'mufin sunnah' yang kononnya makanan itu pernah wujud ketika zaman Rasulullah.

"Perkara seperti ini perlu dibendung bagi mengelakkan kecelaruan umat Islam yang mudah terkeliru dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Wacana Hadis Nabawi 'Hadis Dihayati Ummah Diberkati' di Auditorium JAKIM di sini, hari ini.

Katanya, masyarakat kini mempunyai kesedaran agama yang tinggi, namun ia perlu diselarikan dengan kefahaman agama supaya tiada pihak mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemikiran mereka.

"JAKIM akan melakukan pemantauan mengenai perkara ini dan orang ramai diminta untuk tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan hadis yang disebarkan malah mereka perlu merujuk pakar terlebih dulu," katanya.[myMetro]


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: