#RENCANA ~ Malaysia, Israel dan Yahudi: Benteng Sudah Pecah?

0 comments
Oleh:A Kadir Jasin

NEGARA Yahudi Israel mengaku yang Malaysia adalah “country tough to crack”. Dalam bahasa Melayu, “negara yang sukar ditundukkan’.


Adakah Malaysia telah akibat tekanan Israel?

Jadi mereka cukup gembira apabila seorang diplomat mereka, David Roet, dan dua orang yang lain menghadiri persidangan habitat Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Habitat) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Akhbar Israel, The Jerusalem Post, melaporkan pada 13 Februari bahawa Malaysia yang amat kuat dasar anti-Israelnya telah membenarkan penyertaan delegasi Israel hanya setelah negara Yahudi itu mengenakan tekanan diplomatik yang sampai hingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Pokok pangkalnya Malaysia tunduk kepada tekanan Israel itu. Satu gol untuk Israel, kosong untuk Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan para penasihat serta penyokongnya - termasuk Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (Andaian kut) - mungkin gembira menjadi tuan rumah persidangan itu.

Tetapi adakah mereka sedar implikasinya? Mungkin ia dan mungkin tidak.

Pengajarannya ialah persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan PBB boleh menjadi laluan untuk Israel/Yahudi menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Roet memberitahu akhbar itu bahawa Israel berjuang mati-matian untuk menghantar wakil ke persidangan itu atas dasar bahawa adalah menjadi tangggungjawab Malaysia sebagai penganjur membenarkan peserta daripada semua negara anggota PBB menghadirinya.

David Roet: Persetujuan Malaysia jadi duluan

“Kita menuntut apa yang menjadi hak kita,” kata Roet sambil menambah yang tindakan Israel itu menjadi duluan (precedent) bagi negara-negara lain yang menjadi tuan rumah persidangan yang berkaitan dengan PBB.

Persidangan UN Habitat yang akan datang pada tahun 2020 akan diadakan di Abu Dhabi. Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel tetapi pada tahun 2008 Israel berjaya membuka pejabat perwakilan Pertubuhan Antarabangsa Tenaga Boleh Baharu di Abu Dhabi.

Sejak itu ia menggunakan perwakilan tersebut untuk melakukan lawatan diplomatik dan memperluaskan hubungan dagang dengan UAE dan negara-negara Arab berdekatan.

Kesimpulannya, benteng pertahanan Malaysia pecah apabila ia menjadi tuan rumah persidangan UN Habitat dan dengan itu terpaksa tunduk kepada tekanan Israel dalam rangka perjanjian PBB.

Menurut The Jerusalem Post lagi, inilah kali pertama dalam masa 53 tahun seorang diplomat Israel berjaya melawat Malaysia. Kali terakhir ialah pada tahun 1965.

Kali ini Israel berjaya memecahkan tembok anti-Israel Malaysia dengan menggunakan pintu belakang.

Jadi eloklah kita lebih berhati-hati dengan kegiatan antarabangsa kita kecualilah kita sengaja membuka pintu belakang untuk menjalin perhubungan dengan negara Yahudi itu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#KANTOI ~ Guru biologi ditemui 'bereksperimen' separuh bogel bersama pelajar

0 comments
SOUTH CAROLINA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita yang sudah berkahwin ditemui dalam keadaan memalukan bersama seorang pelajar lelakinya di dalam sebuah kereta.

Dailymail melaporkan Elizabeth Heaton Taylor, 27 yang merupakan seorang jurulatih olahraga dan guru biologi di sekolah tinggi Greer telah melakukan hubungan intim dengan pelajarnya sekurang-kurangnya dua kali.

Beliau ditahan selepas polis memeriksa sebuah kenderaan jenis SUV yang diparkir dalam keadaan mencurigakan di tepi sebuah jalan, Khamis lepas.

Taylor kini berhadapan dakwaan serangan seksual terhadap pelajar bawah umur.

Dia juga berhadapan dakwaan memberikan maklumat palsu kepada polis kerana memberikan nama palsu ketika ditahan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SAINS FIKSYEN ~UFO Berbentuk Segitiga

0 comments
Gambaran artis mengenai Black Triangle yang dianggap sebagai UFO kategori senyap, berbentuk segi tiga dan terbang pada kelajuan perlahan.

UFO Today iaitu kumpulan yang berpangkalan di Belgium itu mendakwa, gambar tersebut merupakan bukti terbaik yang pernah direkodkan untuk menjelaskan kewujudan makhluk asing.

Satu klip video yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan objek misteri itu terbang merentasi langit malam pada kelajuan yang didakwa kumpulan tersebut terlalu perlahan bagi sebuah pesawat.


Bagaimanapun, tidak semua yakin bahawa objek tersebut merupakan UFO, sebaliknya ada yang mengatakan itu mungkin sebuah dron.

“Objek itu bergerak pada kelajuan perlahan, terlalu perlahan untuk sebuah pesawat klasik,” menurut penjelasan UFO Today pada klip video tersebut.


Black triangle merupakan kategori UFO yang digambarkan sebagai besar, senyap, berbentuk segi tiga, berwarna hitam dan terbang pada altitud rendah merentasi bandar-bandar dan lebuh raya. – Agensi/GabanComel



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#BONGKAR ~ Misteri mumia menjerit ketika mati

0 comments

WAJAH mumia ini memaparkan ekspresi muka seperti sedang menjerit sebelum kematiannya.

KAHERAH, Mesir – Sekumpulan ahli arkeologi di sini berjaya merungkai misteri mumia berusia 3,000 tahun yang memiliki ekspresi wajah menjerit ketika ditemui di sebuah makam purba pada tahun 1886.

Analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap sampel mumia itu mendapati, ia berkemungkinan merupakan anak kepada Firaun Ramses III yang mati dibunuh.

Satu kajian terbaharu mendedahkan bahawa mumia yang dikenali sebagai Screaming Mummy itu telah dihukum gantung sampai mati kerana merancang untuk membunuh bapanya.

Mumia itu dikuburkan di makam Deir El-Bahari, berhampiran tebing Sungai Nil, sebelum ditemui hasil penyelidikan sekumpulan pakar arkeologi di kawasan tersebut.

Ketika ditemui, mumia itu berada dalam keadaan terpelihara dengan badannya dibalut dengan kulit kambing selain mulutnya ternganga.

Mumia yang turut digelar Unknown Man E itu kini dipamerkan untuk tatapan pengunjung di Muzium Mesir, dekat sini buat kali pertama selepas ia ditemui. – Agensi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SAHAM DUNIA AKHIRAT ~ Jutawan wakafkan semua harta

0 comments
BELIAU berjaya mencipta kejayaan di pelbagai bidang, termasuklah pembuatan dan import eksport, perniagaan barangan kulit, perabot, pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.

Perniagaannya bercawangan sehingga ke London, Australia dan seluruh Indonesia dengan rangkaian perniagaannya menjana jutaan ringgit. Acap kali kisahnya tersiar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca televisyen sebagai usahawan Melayu cemerlang.

Insan ini antara anak orang biasa berjaya keluar dari kepompong kemiskinan, hingga hasil usahanya beliau mampu memiliki kereta mewah, motosikal berkuasa tinggi, rumah banglo, berhektar tanah dan wang simpanan.

Jika diikutkan beliau sudah berstatus jutawan ketika itu boleh saja memilih untuk bersenang-senang menikmati pulangan dimilikinya itu setelah menghadapi jerih-perihnya mengharungi kehidupan susah sebelumnya.

Namun, apa dilakukan Dr Masjuki Mohd Musuri.... beliau memilih untuk mewakafkan keseluruhan harta miliknya, tanpa satu sen pun gaji dari syarikat Wakaf Enterprise (WE) rumah amalnya!

Bukan sekadar harta benda, malah dirinya sendiri 'diwakafkan' untuk mengelola dan mengasaskan rumah amal asnaf, anak yatim dan pembangunan akhlak dinamakan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP).

"Yang saya dapat kepuasan. Bagi saya jenayah, masyarakat hari ini pun berpecah belah berpunca kerana harta dan kuasa. Kerana harta dan kuasa juga bermacam dosa berlaku.

"Dulu saya fikir kalau bersedekah kita dah boleh cuci harta. Tapi bagaimana kita pasti baki hasil pendapatan kita itu masih bersih. Jadi untuk pastikan semua tu bersih, saya nampak kita perlu wakafkan semua, sama seperti isteri nabi, Khadijah, dan sahabat-sahabat Baginda yang wakaf harta benda.

"Kita hidup seadanya dengan orang yang mengendalikan rumah (RPWP) ini, makan pakai tempat tinggal kita kongsi semuanya. Bila dah tak ada apa, punca fitnah membawa saya kepada dosa dah jauh ditinggalkan, jadi dah tak ada modal, masa pun tak ada, nak buat dosa pun dah tak boleh," kongsinya dengan Sukarela.

Bagi Dr Masjuki mesra dipanggil 'Ayah' kalangan warga RPWP ini, itu yang dikatakan kepuasan dan kepastian penyucian hartanya.

Tambahnya lagi, bila otak jadi lapang dari hanya memikirkan harta, dirinya sendiri berasa lebih sihat dan ketenangan yang menghasilkan hormon positif menjadikan tubuh lebih seimbang.

"Insya-ALLAH di dunia kita dah ada ketenangan itu, di sana nanti pun kita mudah. Jadi saya tak perlu kalut-kalut berasak fikir cari duit. Dah 13 tahun, alhamdulillah tak berlapar walaupun tak bergaji, masih pakai baju dan rumah yang baik.

"Sumber pendapatan sekarang, dari pulangan perniagaan yang diwakafkan. Kita pakai apa perlu, bukan pakai apa yang kita mahu," katanya.

Tercetus idea

Dunia hari ini penuh kerosakan akhlak, malah pelbagai isu timbul kalangan masyarakat, lantaran kasih sayang tidak lagi menjadi bahasa dunia menggusarkannya.

Pengalamannya sendiri sedari kecil, belajar dan berniaga, sehingga terlibat pelbagai NGO sana dan sini, membuka matanya sekalipun NGO banyak yang 'ditunggang' untuk mengejar pangkat dan harta. Justeru idea penubuhan RPWP tercetus.

Dr Masjuki sebagai pengasas utama bersama sekumpulan 20 keluarga Warga Prihatin, masing-masing berkongsi visi dan misi untuk merealisasikan usaha amal bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat dengan gerak kerja lebih jelas dan teratur.

Mereka terdiri daripada pelbagai golongan, dari profesional hingga fakir miskin dan asnaf yang menjalani hidup berkeluarga di bawah naungan RPWP itu sendiri.

Bangunan RPWP ini menempatkan keluarga asnaf kalangan pengasas dan sukarelawan sepenuh masa.

Mereka bertugas menjaga pelbagai golongan seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas, asnaf dan pelbagai golongan rosak akhlak. Kesemua mereka disatukan di bawah satu bumbung menjadi sebuah keluarga besar.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SENSASI PANAS ~ DBKL lulus projek secara tidak sah, kata persatuan penduduk

0 comments
Selamatkan Kuala Lumpur (SKL) adalah kumpulan gabungan persatuan penduduk Kuala Lumpur yang kini mahu mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merangka pelan pembangunan dengan lebih teliti, melibatkan penduduk ibu kota secara langsung dan mementingkan kualiti kehidupan penduduk.

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan projek pembangunan secara tidak sah, kata seorang peguam kanan yang juga pemimpin Selamatkan KL (SKL), sebuah kumpulan penduduk yang kuat menentang projek baru di kawasan pinggir ibu kota yang padat penduduk.

Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata DBKL sudah melakukan dua kesilapan: pertama, meminda pelan pembangunan tanpa melalui proses perundangan yang sepatutnya, dan kedua, gagal meluluskan pelan tempatan Kuala Lumpur dalam masa yang munasabah.

"Mereka meluluskan pelan pembangunan yang dipinda, seperti menukar status tanah, dan mereka tidak meluluskan pelan tempatan mengikut peruntukan undang-undang.

"Mereka sepatutnya meluluskan pelan tempatan itu secepat mungkin dan bukannya 10 tahun, seperti yang dilakukannya sekarang," kata Abdul Aziz kepada The Malaysian Insight.

Abdul Aziz, 84, memberikan wawancara ini selepas SKL pada hujung minggu lalu mengadakan satu bantahan aman di perkarangan Pusat Konvensyen KLCC bersempena Forum Perbandaran Dunia ke-9.

Di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, sebuah pelan struktur dan pelan tempatan yang lebih terperinci – yang memperincikan guna tanah bagi pembangunan bandar raya – hendaklah dirangka dan diwartakan mengikut akta berkenaan, katanya.

"Di bawah undang-undang, dua pelan ini mesti digunakan untuk mentadbir Kuala Lumpur.

"Mereka sudah buat Pelan Struktur, iaitu satu rangka pembangunan kawasan, hanya satu rangka.

Mengikut undang-undang, secepat mungkin, mereka sepatutnya memperkenalkan pelan tempatan yang akan memperincikan setiap lot, nisbah plot dan semuanya.

"Hasrat undang-undang itu ialah supaya pengurusan perancangan (pembangunan) dibuat berdasarkan pelan tempatan," jelasnya.


Dr Abdul Aziz Abdul Rahman daripada SKL mengatakan DBKL melakukan pelan pembangunan ibu kota secara tidak sah apabila mengabaikan prosedur diperuntukkan undang-undang bagi membangunkan Kuala Lumpur.

Pelan tempatan yang dinamakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 itu bagaimanapun tidak pernah diwartakan biarpun ia dilancarkan pada 2008.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Mhd Amin Nordin Abd Aziz pada Mac tahun lalu berkata tiada gunanya pelan itu diwartakan kerana ia sudah ketinggalan dan akan luput pada 2020.

Beliau sebaliknya berkata akan ada perbincangan untuk merangka pelan struktur yang baru bagi tahun 2050.

Menurut Abdul Aziz, tanpa pelan tempatan yang diwartakan, DBKL disyaratkan oleh akta tersebut untuk merujuk kepada pelan struktur.

"Apa saja yang dibuat di bawah pelan struktur, sebarang pindaan perlu melalui proses yang sewajarnya semula, iaitu mendapatkan pandangan atau bantahan penduduk, mengadakan pendengaran dan memberi notis untuk digazetkan dan lain-lain."

Beliau menyebut kawasan Damansara Heights di pinggir Kuala Lumpur yang dirizabkan bagi padang golf dan kawasan terbuka dengan pokok-pokok.

Kawasan itu kini sudah jadi sebahagian daripada bandar raya dengan bangunan tinggi lebih 10 tingkat.

Abdul Aziz berkata pada 1969 kawasan itu dahulunya tanah lapang yang diperuntukkan mengikut pelan struktur untuk lapangan golf dan taman permainan kanak-kanak.

"Kemudian ia jadi bandar tanpa kita tahu. Sudah tentu DBKL akan kata mereka sudah beritahu kita tetapi saya tidak tahu adanya sebarang pindaan ini.

" Tidak telus Di bawah akta yang sama, DBKL mesti menyerahkan cadangan pembangunan termasuk pertukaran guna tanah kepada menteri Wilayah Persekutuan dan atas persetujuan menteri, menerbitkan notis awam berhubung cadangan pindaan itu. Bagaimanapun katanya DBKL lazimnya hanya merujuk penduduk di sekitar kawasan projek untuk melihat notis itu di pejabat mereka, yang katanya, menyulitkan bagi kebanyakan orang dan tidak telus.

"Itu sebabnya SKL yang terdiri daripada lebih 30 persatuan penduduk dan NGO di Kuala Lumpur mendesak DBKL ini didemokrasikan.

"Pentadbiran majlis bandaraya mesti ditadbir oleh penduduk Kuala Lumpur, mereka memilih datuk bandar, pegawai dan menguruskannya dengan profesional," katanya, dan menambah SKL menyokong pilihan raya tempatan diperkenalkan semula.

Kemelut pembangunan ibu kota mula menjadi tumpuan media apabila persatuan penduduk Taman Tun Dr Ismail bangkit menentang rancangan pembangunan di Taman Rimba Kiara yang akan menghapuskan kawasan hijau ibu kota.

SKL sudah wujud sejak 2008, dan ketika itu dikenali sebagai Gabungan Selamatkan Kuala Lumpur, serta terlibat dalam perbincangan Pelan Bandaraya KL 2020.

Ia dihidupkan semula sebagai SKL tahun ini selepas beberapa persatuan penduduk tahun lalu seperti Taman Desa dan Taman Tun Dr Ismail mencabar pihak berkuasa atas pembangunan projek baru.

Kelmarin, penduduk TTDI sekali lagi naik angin selepas mendapati tapak sebuah tadika akan dibangunkan dengan sebuah bangunan pejabat. SKL disertai oleh persatuan penduduk antaranya Bukit Damansara, Medan Damansara, Mont Kiara, Lucky Gardens di Bangsar.

Kata Abdul Aziz, ada banyak lagi persatuan penduduk yang mahu menyertai badan itu. Ini adalah kawasan kediaman yang mewah tetapi mengalami perubahan apabila kediaman ditukar menjadi kedai, kawasan hijau dimusnahkan untuk projek baru dan menyebabkan kesesakan trafik apabila nisbah plot bertukar.

Pembangunan Kuala Lumpur yang keterlaluan juga kata Abdul Aziz menimbulkan masalah lain termasuk kebanjiran pekerja asing, salah guna dadah dan isu keselamatan.

"(Kalau DBKL) mahu (KL) berkembang dengan mapan, kami mahu membantu mereka. Tetapi mereka tidak harus dipengaruhi oleh sesetengah pihak kaya yang mahu membina bangunan kononnya untuk membangunkan bandar raya.

"Itu bukan pembangunan, itu perniagaan!" katanya. Ditanya sejauh mana SKL akan memperjuangkan isu ini, Abdul Aziz berkata mereka tidak merancang tindakan undang-undang tetapi mahu terus berbincang terlebih dahulu dengan DBKL.

"Ahli-ahli kami ada yang perancang bandar, ada yang sudah lama tinggal di merata tempat di serata dunia. "Itulah sebabnya matlamat kami ialah untuk DBKL berunding dengan kami terlebih dahulu, seperti yang mereka lakukan sebelum 2008 dahulu," katanya.


credit


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#RENCANA ~ Baik buruk Tun M kembali jadi PM

0 comments
BERIKUT ialah senarai baik atau buruknya negara jika Tun Mahathir kembali menjadi perdana menteri.

Kaedah strategic foresight method digunakan yang melibatkan segi tiga antara rekod masa lalu (weight of the past), tekanan dan desakan masa kini (push of the present) dan tarikan masa hadapan (pull of the future).

Pertamanya, era kerajaan kuat akan kembali. Berbeza dengan Perdana Menteri Najib yang mengamalkan prinsip ‘era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir’, pendirian Tun Mahathir terhadap kerajaan yang kuat adalah jelas, sepertimana boleh dilihat melalui pendirian beliau memaksimumkan kepakaran birokrat tempatan dan menghapuskan penggunaan perunding asing (consultant).

Kedua, segala tuduhan dan dakwaan salah laku politik Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri (1981-2003) berkemungkinan besar tidak akan disentuh lagi.

Maka berpotensi menimbulkan penentangan kelompok yang dipinggirkan serta mereka yang menganggap diri sebagai mangsa ‘rejim Tun Mahathir yang terdahulu’.

Tambahan lagi, segala tuduhan rangkaian ‘kapitalisme kroni’ di dalam mahupun di luar negara yang menguntungkan Tun Mahathir dan keluarga tidak akan dirungkai, disiasat, mahupun dirobohkan.

Meskipun Pakatan Harapan berikrar untuk melaksanakan reformasi ekonomi, namun tidak semua pimpinan sanggup untuk mengisytiharkan harta termasuklah Tun Mahathir.

Meskipun demikian, siasatan ke atas syarikat 1MDB akan dijalankan secara terbuka dan tiada Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dikenakan bagi akses awam.

Segala dokumen dan transaksi 1MDB boleh didedahkan kepada umum. Laporan audit bertauliah yang lengkap akan dikemukakan.

Demikian juga segala siasatan berkaitan urus tadbir institusi awam seperti KWSP, Mara, Felda, dan Tabung Haji akan didedahkan kepada umum.

Persepsi keyakinan rakyat akan positif dengan penahanan dan perbicaraan individu-individu berprofil tinggi secara besar-besaran sekiranya terbukti bersalah.

Badan kehakiman pula berkemungkinan berhadapan cabaran baharu. Segala tuduhan dan dakwaan campur tangan Tun Mahathir dalam institusi kehakiman dahulu tidak akan diselidik.

Reformasi institusi kehakiman mungkin akan dilaksanakan dengan tekanan reformis PKR, Amanah dan DAP.

Sektor ekonomi paling mencuri perhatian. Tun Mahathir baru sahaja menghuraikan sedikit-sebanyak tawaran beliau mengutamakan industri tempatan yang dibantu pengenalan pelbagai subsidi serta dorongan peningkatan produktiviti.

Langkah ini berlawanan dengan pendekatan PM Najib memotong (rasionalisasi) subsidi.

Dasar fiskal sebegini menepati anjuran ahli ekonomi terkemuka John Maynard Keynes di mana setiap perbelanjaan kerajaan meskipun hingga menghasilkan perbelanjaan defisit, mampu merangsang output ekonomi yang lebih besar (multiplier effect).

Dasar luar yang lebih agresif berkemungkinan kembali di bawah teraju Tun Mahathir seperti mana gaya beliau terdahulu yang lantang berhadapan kuasa besar seperti Amerika, UK, Australia, dan Eropah. Corak dasar ini berbeza dengan pendekatan ‘diplomasi lunak’ di bawah Perdana Menteri, Najib Razak.

Pasti menarik juga untuk melihat bagaimana Tun Mahathir bakal menangani Presiden Donald Trump. Kemungkinan beliau akan menarik balik janji PM Najib yang ingin ‘membantu mengukuhkan ekonomi Amerika’.

Kaedah pembuatan keputusan Tun Mahathir yang dominan sejak awal proses penubuhan Pakatan Harapan – sama seperti mana gaya beliau sepanjang 22 tahun menjadi PM – turut membayangkan kemungkinan berlaku persaingan sengit dalam proses pembuatan keputusan Kabinet Pakatan Harapan nanti.

Persaingan antara idealisme reformis dalam PKR, DAP dan Amanah dengan kepentingan rangkaian PPBM (dan kemungkinan sebahagian Umno) yang mendukung Tun Mahathir dan PPBM bakal sengit.

Konsensus yang terpaksa menyaksikan kompromi sebahagian prinsip dan semangat reformasi yang diperjuangkan mungkin tidak dapat dielakkan.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#RAMALAN ~ Capaian Internet Malaysia Melebihi 90% Pada 2020

0 comments
KUALA LUMPUR – Kerajaan komited dalam memastikan capaian Internet di seluruh negara mencapai lebih 90 peratus menjelang 2020, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari.

Jailani berkata kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan capaian Internet bukan sahaja meliputi kawasan bandar, malah turut difokuskan kepada kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kita lihat pada 2010, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melancarkan pelan jalur lebar kebangsaan, sasaran kita pada ketika itu ialah mencapai kadar jalur lebar isi rumah 50 peratus sahaja.

“Tetapi kini kadar penembusan jalur lebar isi rumah telah menjangkau 84.5 peratus di seluruh negara. Jadi di setiap negeri, dari segi kadar statiknya kebanyakannya melebihi 50 peratus.

“Program sedia ada akan kami teruskan melalui peruntukan kerajaan tetapi pada masa sama di bawah komersial atau pihak pemberi perkhidmatan, mereka harus memperluaskan rangkaian atau capaian Internet.

“Ini kerana hasrat pihak kerajaan adalah untuk merapatkan jurang digital,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program Nine11 terbitan Bernama News Channel, hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2018 tahun lalu, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

Jailani berkata dalam menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi melaksanakan program pendedahan teknologi kepada masyarakat.

“Dalam program NBOS ini, kami menyediakan prasarana. Contohnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan prasarana dari segi kemudahan infrastruktur komunikasi dan kemudahan pusat Internet…di situlah masyarakat luar bandar didedahkan dengan kemajuan teknologi,” katanya.

Jailani berkata pihaknya akan terus melaksanakan pelbagai program bagi memastikan masyarakat didedahkan dengan industri 4.0 yang menyaksikan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian.

Mengulas usaha kerajaan dalam menangani penyebaran berita palsu, Jailani berpandangan bahawa perundangan bukanlah jalan penyelesaian kepada semua masalah.

“Ini yang saya cuba tekankan bahawa rumusan paling terbaik adalah program ‘advocacy‘ atau kesedaran kerana masyarakat di Malaysia ini suka berkongsi apa sahaja yang kita ada.

“Kita harus melihat berita palsu ini bukan daripada satu perspektif sahaja, perlu dilihat daripada semua perspektif,” katanya.

Mengambil contoh tragedi MH370, Jailani berkata penularan berita palsu seperti penemuan serpihan pesawat itu menimbulkan kerisauan banyak pihak terutamanya keluarga mangsa tragedi itu.

“Sementara Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkaji keperluan undang-undang, KKMM turut melaksanakan beberapa mekanisme iaitu pendekatan berbilang serampang menerusi kesedaran, pemantauan ke atas laman-laman yang menyebarkan berita palsu dan penguatkuasaan,” katanya. – BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »